Thursday 25 April 2013

26 April 2013

Assalamualaikum dan Salam DPP Bank Rakyat

Hari khamis adalah hari yang dinanti-nanti semua warga kampus
mana taknya... esoknya hari jumaat adalah hari cuti buat warga campus...
namun begitu kami barisan JKPS masih bekerja keras untuk melaksanakan program-program yang telah dirancang...

antara pengisian program sepanjang 26 April 2013:


Program Gotong Royong
anjuran : Biro Kemudahan, Perkhidmatan & Kebajikan

yang dijalankan disetiap blok kediaman pelajar
bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari...



Program Green Campus
"Reduce, Reuse, Recycle"
anjuran : Biro Kemudahan, Perkhidmatan & Kebajikan

program ini bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari
semua pelajar yang hendak mengitar semula barangan terpakai
boleh meletakan semua barang-barang tersebut didalam tong-tong yang disediakan



Program PES Tournoment III
anjuran : Biro Informasi & Penerbitan

dijalankan pada jam 9.oo pagi dengan penyertaan sebnyak 30 orang
30 orang pelajar akan berentap sehingga Juara...
hadiah trofi menanti Juara pertandingan



Program UUM Kachi Fun Night Run
anjuran : Biro Keselamatan & Kesihatan

program ini dijalankan pada sebelah malam iaitu bermula jam 8.30 malam
semua peserta akan mengikuti laluan disekitar bukit kachi secara berjalan kaki beramai-ramai
seramai 400++ peserta telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program ini


diharapkan semua program yang telah dirancang dapat dijalankan dengan jayanya
kepada semua warga UUM yang berkelapangan dan ingin merasai kelainan
anda boleh turut serta memeriahkan program-program kami

"Keikhlasan Membawa Keberkatan"

wassalam...bye

Wednesday 24 April 2013

Rangkaian Sosial & Mahasiswa

Assalamualaikum dan Salam DPP Bank Rakyat

PERHATIAN!!!

BIRO INFORMASI & PENERBITAN akan mengadakan FORUM "RANGKAIAN SOSIAL & MAHASISWA"... program ini DIWAJIBKAN kepada semua pelajar SEMESTER 2 (DUA) DPP BANK RAKYAT dan terbuka kepada semua pelajar UUM... 


butiran program adalah seperti berikut:

Program : FORUM "RANGKAIAN SOSIAL & MAHASISWA"
Tarikh : 10 MEI 2013
Masa : 9.00 MALAM
Tempat : DEWAN KACHI
Yuran : RM 2

pendaftaran boleh dilakukan di BILIK JKPS bermula malam ini beserta bayaran YURAN... kerjasama anda amat dihargai

terima kasih dan wassalam

Tuesday 23 April 2013

Kriteria Permohonan Sticker Kenderaan

Assalamualikum dan Salam DPP Bank Rakyat

Permohonan Sticker Kenderaan bagi Semester 2 Sesi 2013/2013

Tarikh akhir permohonan : 15 Mei 2013
Tarikh keluar keputusan : 30 Mei 2013

Kelulusan penggunaan kenderaan (kereta atau motosikal) yang tidak melebihi 135cc dengan kadar RM3.00 per semester dan diberikan kepada pelajar yang memenuhi salah satu kriteria berikut:

a. Any student who holds a post on the Student Representative Council (SRC). (Must be accompanied by a copy of the letter of appointment by TNC HEPA)


b. Any student who is appointed as a member of Student Development Leadership Committee (JKPS). (must be accompanied by a copy of letter of appointment by TNC HEPA)



c Any student who is appointed as Resident Assistant (Block RA) and SRH Dormitary Head. (Must be accompanied by a copy of the letter of appointment by TNC HEPA)



d. Any student who is appointed as Ecxo of Club or Society, Exco of Secretariat- registered with UUM only. (Must be accompanied by a copy of letter of appointment by TNC HEPA and Minutes of Club and Society AGM)

e. .Any student who is a member of Suksis and Palapes. (Must be accompanied by a copy of the course - slip)

f. Any student who represents the university at the national level. (Must be accompanied by a certification by the Director of Sports and confirmation letter by Team Manager)


g. Any student who represents the university in the fields of Culture and Arts at the national level.(Must be accompanied by a certification by the Director of the Cultural and Arts Centre)


h. Any student who represents the university at the national level involving academic-related programs such as debates, Moot court (and other related activities or events) (Must be accompanied by a letter Dean PPA).

i. Any local Bachelor’s degree student who chooses to stay off campus. (Must be accompanied by a copy of the authorization form to stay off campus approved by the TNC HEPA and a copy of the parents’ approval letter).


j. Any international Bachelor’s degree student who chooses to stay off campus (Must be accompanied by a copy of utility bill or rent receipt)

k. Any student suffering from critical illness. (Must be accompanied by a letter of confirmation from the Director of PKU)


l. Any student who is categorized as a disabled person. (Must be accompanied by a copy of OKU registration card issued by The Welfare Department of Malaysia)


m. Any student who is participating in the Siswaniaga Programme with UUM and given License A.(Must be accompanied by a copy License A, a copy of operating license and certification letter by the Head of BPNS HEPA)


n. Any student who is appointed to hold office as a Director of the University Project (Must be accompanied by a copy of the approval of the project by the TNC HEPA


o. Any 4th semester and above student with a CGPA of 3.67 and above and has accumulated 30 SIRA points for the semester applied. For students prior to A121 admission, they must have obtained SIRA points minimum grade B . (Must be accompanied by a letter from the Director of the Counseling Centre confirming SIRA scores and active in the Platinum Club Programme).

p. Final Year Students: 


i. 3-year programme- Semester 5 or 6 and accumulated minimum 30 SIRA points.
ii 4-year programme- Semester 7 or 8 and accumulated minimum 30 SIRA point.

q. Non-Bachelor’s degree students (international/locals) with cars or motorcycles not exceeding 135 cc

wassalam & thank you

Resident Assistant (RA)

assalamualaikum

Barisan Resident Assistant (RA) 
Sesi 1 2012/2013



Monday 22 April 2013

Kita Juara

Assalamualaikum dan Salam DPP Bank Rakyat

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

DPP Bank Rakyat telah mengungguli BOLA SEPAK LIGA SUKUUM 2013
dengan menewaskan pasukan daripada DPP SME Bank 
dalam perlawanan akhir semalam 21 Mei 2013


barisan kesebelasan utama yang beraksi menentang SME Bank
kemenangan berpihak kepada DPP Bank Rakyat 1 - 0 SME Bank


Puan Pengetua, Puan Noormala Binti Jailani dan felo. Encik Khairone
turut sama hadir memberikan semangat kepada pasukan bola sepak DPP

gol kemenangan pasukan DPP Bank Rakyat diperolehi 
di dalam aksi separuh masa pertama...

90 minit beraksi dan tiada gol tambahan yang terhasil pada malam itu...
perlawanan tamat dengan kedudukan 

DPP BANK RAKYAT 1 - 0 SME BANK


wajah-wajah kegembiraan meraikan kejayaan


majlis penyampaian pingat Johan Bola Sepak Liga SUKUUM 2013



tahniah kepada DPP Bank Rakyat dan DPP SME Bank
menang dan kalah adat perlawanan...
majulah sukan UUM

wassalam

sumber : facebook

Tuesday 16 April 2013

Penangguhan Kuliah - PRU13


Assalamualikum / Salam DPP Bank Rakyat


Semua Pensyarah
Semua Pelajar 
Universiti Utara Malaysia

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan
MAKLUMAN PENANGGUHAN KULIAH SEMPENA PILIHRAYA UMUM KE-13 PADA 5 MEI 2013 (AHAD)

Seperti mana semua sedia maklum tarikh Pilihanraya Umum Malaysia Ke-13 telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) pada 5 Mei 2013 (Ahad).

Sehubungan itu, pihak pengurusan Universiti telah bersetuju untuk menangguhkan semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mulai 4 Mei 2013 (Sabtu) – 6 Mei 2013 (Isnin) bagi membolehkan semua warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Segala kerjasama dan keprihatinan semua pensyarah didahului dengan ucapan terima kasih.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi di talian 04-928 3113/3172/3103
Sekian, terima kasih. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

All Lecturers
All Students
Universiti Utara Malaysia

POSTPONEMENT OF CLASSES IN CONJUNCTION WITH THE 13th GENERAL ELECTION ON 5 MAY 2013 (SUNDAY)

As you may already be well aware, the Election Commission of Malaysia (SPR) has announced that the 13th General Election will be held on 5 May 2013 (Sunday).

In light of this, the university management has agreed to allow the postponement of all Teaching and Learning (T&L) activities effective from 4 May 2013 (Saturday) until 6 May 2013 (Monday). This is to allow all members of UUM academic staff as well as students who are registered voters the opportunity to exercise their right to vote.

Your kind cooperation in this matter is very much appreciated.

For further enquiries and information, please contact us at 04-928 3113/3172/3103

Thank you.

Wassalam

Monday 1 April 2013

Roadshow JKPS

Assalamualaikum dan Salam DPP Bank Rakyat

rentetan perlantikan jawatankuasa baru JKPS DPP Bank Rakyat
satu roadshow telah dianjurkan oleh Biro Informasi & Penerbitan
roadshow ini telah dijalankan pada 23 & 24 Februari 2013
bertempat di Dewan Kachi 

pada 23 Februari 2013 diadakan roadshow bagi pelajar perempuan blok D, E, F, G dan H...


sesi pendaftaran pelajar yang turun ke roadshow untuk tujuan SIRA Pelajar


barisan JKPS berkumpul dihadapan dewan menanti kedatangan Puan Pengetua


sebilangan peserta yang turun mengikuti program roadshow


perarakan masuk Pengetua, Puan Siti Noormala Binti Jailani diringi Presiden, Penolong Pengetua, JKPS, dan barisan RA blok...



nyanyian lagu Negaraku dan Biru Warna serta diringi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh saudara Faisal Arif bagi memberkati majlis...


program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh saudara Presiden, Mohd Wali-Ya Din Shah Bin Mohd Yusuf... seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Puan Pengetua...

Presiden mengambil turut memperkenalkan ahli JKPS dan RA Blok yang baharu beserta jawatan yang disandang sepanjang tahun 2013, manakala Puan Pengetua pula memperkenalkan barisan Felo Blok yang baharu...

banyak perkara yang disampaikan oleh Puan Pengetua berkaitan dengan pentadbiran sehinggalah kemudahan terbaru yang disediakan oleh DPP antaranya kemudahan Dapur dan Gym yang bakal dinaiktaraf tidak lama lagi...

Puan Pengetua juga sempat bersoal jawab berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar untuk diketengahkan kepada pihak yang berkenaan untuk diselesaikan...


malam seterusnya... 24 Februari 2013 pula diadakan roadshow untuk pelajar lelaki Blok A, B, & C


pendaftaran kehadiran diambil sebelum majlis berlangsung...


perarakan masuk Penolong Pengetua diiringi Barisan JKPS dan RA Blok...
Puan Pengetua tidak dapat menghadirkan diri kerana menghadiri mensyuarat penting yang tidak dapat dielakkan... majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Biru Warna seterusnya diikuti dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian, Saudara Aliff...


antara pelajar lelaki yang turun mengikuti roadshow yang dijalankan...


Preseden memulakan ucapan aluan pembukaan majlis seterusnya diserahkan kepada Puan Farrah Merlinda binti Muharram yang berucap mewakili Puan Pengetua...


majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab... segala persoalan dan permasalahan yang dikemukakan telah dijawab oleh barisan Penolong Pengetua juga merangkap Felo Blok...

dalam roadshow ini, Presiden juga sempat untuk mempromosikan kelab atau seketeriat DPP Bank Rakyat yang dibentuk iaitu "15 CREW" dimana terdapat pelbagai manfaat yang akan diperolehi bagi setiap pelajar yang menyertai kelab ini...

kehadiran pelajar untuk roadshow kali ini juga melebih 800 orang...
penglibatan yang positif dari pelajar DPP yang telah memberikan nama untuk menjadi Jawatankuasa bagi program-program yang bakal dijalankan sepanjang semester...

diharapkan dengan adanya roadshow ini, pelajar-pelajar akan lebih memahami sistem yang digunapakai di dalam DPP dimana segalanya telah dilaksanakan bagi memudahkan urusan semua pihak... objektif utama roadshow ini juga untuk mendekatkan para pelajar dengan kepimpinan JKPS malah pihak pentadbiran DPP...

Wassalam... Bye...

Disediakan oleh : 
Biro Informasi dan Penerbitan
Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa
Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat
Universiti Utara Malaysia