Monday 1 April 2013

Roadshow JKPS

Assalamualaikum dan Salam DPP Bank Rakyat

rentetan perlantikan jawatankuasa baru JKPS DPP Bank Rakyat
satu roadshow telah dianjurkan oleh Biro Informasi & Penerbitan
roadshow ini telah dijalankan pada 23 & 24 Februari 2013
bertempat di Dewan Kachi 

pada 23 Februari 2013 diadakan roadshow bagi pelajar perempuan blok D, E, F, G dan H...


sesi pendaftaran pelajar yang turun ke roadshow untuk tujuan SIRA Pelajar


barisan JKPS berkumpul dihadapan dewan menanti kedatangan Puan Pengetua


sebilangan peserta yang turun mengikuti program roadshow


perarakan masuk Pengetua, Puan Siti Noormala Binti Jailani diringi Presiden, Penolong Pengetua, JKPS, dan barisan RA blok...



nyanyian lagu Negaraku dan Biru Warna serta diringi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh saudara Faisal Arif bagi memberkati majlis...


program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh saudara Presiden, Mohd Wali-Ya Din Shah Bin Mohd Yusuf... seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Puan Pengetua...

Presiden mengambil turut memperkenalkan ahli JKPS dan RA Blok yang baharu beserta jawatan yang disandang sepanjang tahun 2013, manakala Puan Pengetua pula memperkenalkan barisan Felo Blok yang baharu...

banyak perkara yang disampaikan oleh Puan Pengetua berkaitan dengan pentadbiran sehinggalah kemudahan terbaru yang disediakan oleh DPP antaranya kemudahan Dapur dan Gym yang bakal dinaiktaraf tidak lama lagi...

Puan Pengetua juga sempat bersoal jawab berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar untuk diketengahkan kepada pihak yang berkenaan untuk diselesaikan...


malam seterusnya... 24 Februari 2013 pula diadakan roadshow untuk pelajar lelaki Blok A, B, & C


pendaftaran kehadiran diambil sebelum majlis berlangsung...


perarakan masuk Penolong Pengetua diiringi Barisan JKPS dan RA Blok...
Puan Pengetua tidak dapat menghadirkan diri kerana menghadiri mensyuarat penting yang tidak dapat dielakkan... majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Biru Warna seterusnya diikuti dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian, Saudara Aliff...


antara pelajar lelaki yang turun mengikuti roadshow yang dijalankan...


Preseden memulakan ucapan aluan pembukaan majlis seterusnya diserahkan kepada Puan Farrah Merlinda binti Muharram yang berucap mewakili Puan Pengetua...


majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab... segala persoalan dan permasalahan yang dikemukakan telah dijawab oleh barisan Penolong Pengetua juga merangkap Felo Blok...

dalam roadshow ini, Presiden juga sempat untuk mempromosikan kelab atau seketeriat DPP Bank Rakyat yang dibentuk iaitu "15 CREW" dimana terdapat pelbagai manfaat yang akan diperolehi bagi setiap pelajar yang menyertai kelab ini...

kehadiran pelajar untuk roadshow kali ini juga melebih 800 orang...
penglibatan yang positif dari pelajar DPP yang telah memberikan nama untuk menjadi Jawatankuasa bagi program-program yang bakal dijalankan sepanjang semester...

diharapkan dengan adanya roadshow ini, pelajar-pelajar akan lebih memahami sistem yang digunapakai di dalam DPP dimana segalanya telah dilaksanakan bagi memudahkan urusan semua pihak... objektif utama roadshow ini juga untuk mendekatkan para pelajar dengan kepimpinan JKPS malah pihak pentadbiran DPP...

Wassalam... Bye...

Disediakan oleh : 
Biro Informasi dan Penerbitan
Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa
Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat
Universiti Utara Malaysia

No comments:

Post a Comment