Saturday 16 March 2013

Student Leadership Camp 2013

Assalamualikum dan Salam DPP Bank Rakyat


Pada 2 - 14 Februari 2013 telah diadakan Student Leadership Camp (SLC)
kepada semua barisan majlis tertinggi dan exco 
JKPS serta Kelab dan Persatuan

program ini dijalankan secara bersiri yang terdiri daripada 4 siri
  

SLC SIRI 1 (2 - 5 Februari 2013)
bertempat di DPP Petronas dan Dewan TSO UUM

pelbagai pendedahan umum diberikan kepada bakal pemimpin
maklumat yang merangkumi segala aspek
antaranya penyediaan paperwork, report, budget, SIRA pelajar
tak kurang juga taklimat berkaitan jabatan-jabatan yang terdapat di UUM


SLC SIRI 2 (6 - 9 Februari 2013)
bertempat di DPP Bank Rakyat

bagi siri kedua, semua JKPS dilepaskan untuk kembali ke DPP masing-masing manakala jawatankuasa kelab dan persatuan mereka terus teinggal di DPP Petronas

antara intipati SIRI 2 adalah, menyiapkan almanak
semua pelajar akan meluangkan masa bersama-sama fela
dan berdiskusi tentang program yang dirancang sepanjang tahun


semua exco berusaha keras merancang program untuk tahun 2013 dalam masa 4 hari... masa yang terhad sangat menguji kekuatan fizikal dan mental semua JKPS... dengan adanya kerjasama daripada semua exco, segala perancangan program berjaya disiapkan mengikut ketetapan masa


malam terakhir, kami barisan exco dan majlis tertinggi membentangkan segala program kepada Puan Pengetua DPP Bank Rakyat


setiap teguran dan cadangan yang dikemukakan oleh puan pengetua diambil untuk penambahbaikkan program... selesai penyediaan almanak, kami berkemas-kemas untuk meneruskan SLC SIRI 3...


SLC SIRI 3 (10 - 12 Februari 2013)
bertempat di Kem Bina Negara, Ulu Kenas

SLC siri 3 diteruskan dengan perjalanan ke Negeri Perak...
kami ditempatkan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas dimana ianya dikendalikan sepenuhnya oleh Biro Tata Negara... manakala Jawatankuasa Kelab dan Persatuan pula ditempatkan di Pendang Lake Resort...


disini kami telah pecahkan kepada kumpulan yang baru...
kebanyakkan aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk menguji semangat berpasukan... selain itu kami juga diterapkan dengan nilai-nilai patriotik...


hari kedua kami dibawa ke kawasan sekitar untuk manjalankan aktiviti kemasyarakatan, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk menjalankan kegiatan gotong royong membersihkan surau, tanah perkuburan dan kawasan sekitar kampung...


sepanjang aktiviti kami sempat beramah mesra dengan penduduk kampung setempat dan melawat kawasan industri kecil yang dijalankan di sekitar kampung seperti rumah pembuatan parang/pedang, rumah sulaman benang emas dan sebagainya...

sebelah petangnya kami melawat kawasan pembuatan labu sayong... disini kami berpeluang untuk membeli labu sayong dengan harga yang sangat murah...


aktiviti yang dirancang bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama JKPS malah memberikan kami sedikit pendedahan dengan warga kampung... 


hari terakhir kami dilepaskan awal untuk menuju ke SLC siri yang terakhir di Pulau Pinang...


sebelum berangkat kami sempat bergambar dengan pegawai Biro Tata Negara (En. Abdullah Sani) dan jurulatih di Kem Bina Negara...


akhir sekali kami sama-sama melakarkan kenangan terakhir di Kem Bina Negara dengan semua barisan JKPS daripada 16 DPP di UUM...


SLC SIRI 4 (13 - 14 Februari 2013)
bertempat di Hydro Hotel dan Paradise Hotel, Pulau Pinang


kemuncak SLC kami pada kali ini adalah sesi perbentangan dan temuduga bersama pegawai-pegawai UUM... sesi ini dijalankan secara berkumpulan mengikut DPP...


hari pertama kami terkelompok dalam kumpulan perbentangan dimana semua JKPS dikehendaki membentangkan program-program yang bakal memberikan impak yang besar kepada DPP khususnya...


presiden memberikan kata-kata semangat dan taklimat akhir sebelum kami masuk untuk sesi perbentangan... perbentangan pada petang itu berjalan dengan lancar...


malamnya pula diadakan malam kebudayaan dan makan malam dimana setiap JKPS DPP akan membuat persembahan bebas mengikut kreativiti masing-masing... barisan JKPS Bank Rakyat membawa persempahan Pentomen Kehidupan di Kachi dan Lagu Bukit Kachi...

hari kedua diteruskan dengan sesi temuduga... segalanya berjalan dengan lancar dimana soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab dengan sempurna...


sesi bergambar bersama puan pengetua...

setelah selesai tugasan yang diberikan, kami mengambil peluang untuk bergambar di tepi pantai sebelum berangkat meninggalkan Hydro Hotel...


sebelah petangnya pula... kami berangkat menuju ke Paradise Hotel untuk majlis penutupan SLC 2013... majlis berlangsung dengan meriah sekali dimana semua kepimpinan JKPS dan Kelab dan Persatuan bersatu kembali didalam satu dewan...


kami bergambar dengan puan pengetua sebelum majlis penutup...


majlis penutup berlangsung dengan penyampaian watikah perlantikan kepada Presiden JKPS dan Pengerusi Kelab dan Persatuan... maka berakhirnya majlis penutupan, tamat sudah SLC yang dijalankan selama hampir 2 minggu...

pelbagai ilmu diterapkan kepada kami sebelum kami mula menggalas amanah sebagai pemimpin yang akan menerajui JKPS serta Kelab dan Persatuan...

wassalam... bye...

Friday 1 March 2013

Mission & Vision




MISSION
To ensure all organized programme at the highest quality with the positive involvement from all DPP BANK RAKYAT including local and international residents.


VISION
To be one of the excellent organizations that contributes to the society.