Monday, 22 April 2013

Kita Juara

Assalamualaikum dan Salam DPP Bank Rakyat

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

DPP Bank Rakyat telah mengungguli BOLA SEPAK LIGA SUKUUM 2013
dengan menewaskan pasukan daripada DPP SME Bank 
dalam perlawanan akhir semalam 21 Mei 2013


barisan kesebelasan utama yang beraksi menentang SME Bank
kemenangan berpihak kepada DPP Bank Rakyat 1 - 0 SME Bank


Puan Pengetua, Puan Noormala Binti Jailani dan felo. Encik Khairone
turut sama hadir memberikan semangat kepada pasukan bola sepak DPP

gol kemenangan pasukan DPP Bank Rakyat diperolehi 
di dalam aksi separuh masa pertama...

90 minit beraksi dan tiada gol tambahan yang terhasil pada malam itu...
perlawanan tamat dengan kedudukan 

DPP BANK RAKYAT 1 - 0 SME BANK


wajah-wajah kegembiraan meraikan kejayaan


majlis penyampaian pingat Johan Bola Sepak Liga SUKUUM 2013



tahniah kepada DPP Bank Rakyat dan DPP SME Bank
menang dan kalah adat perlawanan...
majulah sukan UUM

wassalam

sumber : facebook

Tuesday, 16 April 2013

Penangguhan Kuliah - PRU13


Assalamualikum / Salam DPP Bank Rakyat


Semua Pensyarah
Semua Pelajar 
Universiti Utara Malaysia

Y.Bhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan
MAKLUMAN PENANGGUHAN KULIAH SEMPENA PILIHRAYA UMUM KE-13 PADA 5 MEI 2013 (AHAD)

Seperti mana semua sedia maklum tarikh Pilihanraya Umum Malaysia Ke-13 telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) pada 5 Mei 2013 (Ahad).

Sehubungan itu, pihak pengurusan Universiti telah bersetuju untuk menangguhkan semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mulai 4 Mei 2013 (Sabtu) – 6 Mei 2013 (Isnin) bagi membolehkan semua warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Segala kerjasama dan keprihatinan semua pensyarah didahului dengan ucapan terima kasih.

Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi di talian 04-928 3113/3172/3103
Sekian, terima kasih. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

All Lecturers
All Students
Universiti Utara Malaysia

POSTPONEMENT OF CLASSES IN CONJUNCTION WITH THE 13th GENERAL ELECTION ON 5 MAY 2013 (SUNDAY)

As you may already be well aware, the Election Commission of Malaysia (SPR) has announced that the 13th General Election will be held on 5 May 2013 (Sunday).

In light of this, the university management has agreed to allow the postponement of all Teaching and Learning (T&L) activities effective from 4 May 2013 (Saturday) until 6 May 2013 (Monday). This is to allow all members of UUM academic staff as well as students who are registered voters the opportunity to exercise their right to vote.

Your kind cooperation in this matter is very much appreciated.

For further enquiries and information, please contact us at 04-928 3113/3172/3103

Thank you.

Wassalam

Monday, 1 April 2013

Roadshow JKPS

Assalamualaikum dan Salam DPP Bank Rakyat

rentetan perlantikan jawatankuasa baru JKPS DPP Bank Rakyat
satu roadshow telah dianjurkan oleh Biro Informasi & Penerbitan
roadshow ini telah dijalankan pada 23 & 24 Februari 2013
bertempat di Dewan Kachi 

pada 23 Februari 2013 diadakan roadshow bagi pelajar perempuan blok D, E, F, G dan H...


sesi pendaftaran pelajar yang turun ke roadshow untuk tujuan SIRA Pelajar


barisan JKPS berkumpul dihadapan dewan menanti kedatangan Puan Pengetua


sebilangan peserta yang turun mengikuti program roadshow


perarakan masuk Pengetua, Puan Siti Noormala Binti Jailani diringi Presiden, Penolong Pengetua, JKPS, dan barisan RA blok...



nyanyian lagu Negaraku dan Biru Warna serta diringi dengan bacaan doa yang disampaikan oleh saudara Faisal Arif bagi memberkati majlis...


program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh saudara Presiden, Mohd Wali-Ya Din Shah Bin Mohd Yusuf... seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Puan Pengetua...

Presiden mengambil turut memperkenalkan ahli JKPS dan RA Blok yang baharu beserta jawatan yang disandang sepanjang tahun 2013, manakala Puan Pengetua pula memperkenalkan barisan Felo Blok yang baharu...

banyak perkara yang disampaikan oleh Puan Pengetua berkaitan dengan pentadbiran sehinggalah kemudahan terbaru yang disediakan oleh DPP antaranya kemudahan Dapur dan Gym yang bakal dinaiktaraf tidak lama lagi...

Puan Pengetua juga sempat bersoal jawab berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar untuk diketengahkan kepada pihak yang berkenaan untuk diselesaikan...


malam seterusnya... 24 Februari 2013 pula diadakan roadshow untuk pelajar lelaki Blok A, B, & C


pendaftaran kehadiran diambil sebelum majlis berlangsung...


perarakan masuk Penolong Pengetua diiringi Barisan JKPS dan RA Blok...
Puan Pengetua tidak dapat menghadirkan diri kerana menghadiri mensyuarat penting yang tidak dapat dielakkan... majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Biru Warna seterusnya diikuti dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian, Saudara Aliff...


antara pelajar lelaki yang turun mengikuti roadshow yang dijalankan...


Preseden memulakan ucapan aluan pembukaan majlis seterusnya diserahkan kepada Puan Farrah Merlinda binti Muharram yang berucap mewakili Puan Pengetua...


majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab... segala persoalan dan permasalahan yang dikemukakan telah dijawab oleh barisan Penolong Pengetua juga merangkap Felo Blok...

dalam roadshow ini, Presiden juga sempat untuk mempromosikan kelab atau seketeriat DPP Bank Rakyat yang dibentuk iaitu "15 CREW" dimana terdapat pelbagai manfaat yang akan diperolehi bagi setiap pelajar yang menyertai kelab ini...

kehadiran pelajar untuk roadshow kali ini juga melebih 800 orang...
penglibatan yang positif dari pelajar DPP yang telah memberikan nama untuk menjadi Jawatankuasa bagi program-program yang bakal dijalankan sepanjang semester...

diharapkan dengan adanya roadshow ini, pelajar-pelajar akan lebih memahami sistem yang digunapakai di dalam DPP dimana segalanya telah dilaksanakan bagi memudahkan urusan semua pihak... objektif utama roadshow ini juga untuk mendekatkan para pelajar dengan kepimpinan JKPS malah pihak pentadbiran DPP...

Wassalam... Bye...

Disediakan oleh : 
Biro Informasi dan Penerbitan
Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa
Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat
Universiti Utara Malaysia