Sunday 17 February 2013

Bakti Siswa - Menyelusuri Jalan Harapan

Assalamualaikum dan Salam DPP Bank Rakyat

hai semua...
secebis kenangan diawal 2013
Bakti Siswa Perdana 2013 - Menyelusuri Jalan Harapan

ok... perjalanan kami bermula seawal pagi 20 Januari 2013
kami berkumpul di hadapan pejabat DPP Bank Rakyat
bersama-sama semua 24 orang peserta,
 kami mengeluarkan semua barang-barang tajaan dan aktiviti 
untuk dimuatkan kedalam bas yang akan mengiringi kami selama 4 hari


inilah gambaran pertama kami sebelum berangkat melaksanakan misi kami
semuanya berwajah ceria... tak sabar nak menempuh cabaran
destinasi pertama bakal kami singgahi adalah Rumah Seri Kenangan, Bedong, Sungai Petani..
tempat ini adalah rumah kebajikan yang menempatkan warga2 emas

sangat terharu melihat kehidupan mereka disana
ada yang boleh berdikari dan tak kurang juga yang perlukan penjagaan rapi
sepanjang kami disana, kami dilarang mengambil gambar
untuk mengelakkan aib dan percakapan negatif orang luar yang tidak paham dgn situasi sebenar
 kami diberi kebebasan untuk beramah mesra dgn warga emas disana
mereka terbuka menerima kunjungan kami...
luahan hati mereka buatkan sebilangan kami menitiskan air mata...


hampir 3 jam meluangkan masa disitu...
kami bergambar kenagan di sekitar pejabat dan kawasan yang dibenarkan...


petangnya pulak... kami teruskan perjalanan menuju destinasi seterusnya
kami singgah di Seberang Prai untuk bersama dengan aktivis UNGGAS
dimana kami diberikan taklimat ringkas sebelum menjalankan aktiviti pada malamnya
disini kami dapat penerangan yang jelas berkaitan golongan "GELADANGAN".


sebelum berangkat kami sempat bergambar bagi mempromosikan GEMAR MALAYSIA
"Gerakan Menutup Aurat Antarabangsa Malaysia"
gerakan ini dilancarkan secara besar-besaran pada 14 Febebruari 2013
selesai disitu.. kami teruskan perjalanan ke kediaman sementara kami, USM Pulau Pinang...

malamnya kami bergerak menuju kawasan yang menjadi sasaran
kami berpecah kepada 5 kumpulan kecil dan diturunkan di setiap hot spot
tujuan kami adalah untuk berkongsi sedikit makanan dan pakaian buat insan-insan geladangan
kami juga diminta untuk menemuramah insan-insan yang kurang bernasib baik ini...

sebilangan geladangan yang ditemui mempunyai pekerjaan tetap tetapi tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri, ada juga yang tidak bekerja malah ditinggalkan keluarga, faktor kos sara hidup yang tinggi menyukarkan kehidupan mereka...

yang lainnya pula sanggup bergeladangan di tepi jalan kerana masih mampu bekerja dan tidak memerlukan bantuan, bagi mereka terdapat lagi ramai insan-insan yang sangat memerlukan rumah perlindungan...


jam menunjukkan tepat 1 pagi... kami semua berkumpul...
berdikusi saling bertukar2 pengalaman... ada yang dikejar... ada yang terjumpa kanak2 terbiar
dan pelbagai lagi kisah menyayat hati kami di Pulau Pinang...
perkongsian ilmu yang tidak kami jangkakan...
kami bergambar bersama aktivis UNGGAS buat kali terakhir sebelum beredar merehatkan diri...

pagi 21 Januari 2013
seawal jam 8 pagi kami check out dari USM
pergerakan kami menuju ke negeri Perak Darul Ridzuan
destinasi kami adalah Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Negeri Perak

disini kami menjalankan aktiviti gotong royong...
membersihkan sekitar kawasan rumah kebajikan sambil melayan telatah warga kelainan upaya
diwaktu tengah hari... kami turun sama memberikan makanan kepada meraka
kelihatan mereka mesra menerima layanan kami...


selesai makan... kami kumpulkan meraka dalam dewan...
kami bersama-sama berusaha untuk memberikan sedikit hiburan buat mereka
seronok... sangat seronok...
tak dapat kami gambarkan keseronokan yang kami rasai...
tak kurang juga... mereka juga turut sama menyajikan kami dengan 2,3 lagu...


kami bergambar bersama warga rumah kebajikan...
semuanya riang ria gembira dengan kehadiran kami...


bergambar lagi sebelum naik bas menuju ke destinasi seterusnya...
selesai makan tengah hari di warung... kami bersiap untuk aktiviti seterusnya
kami telah memilih untuk melawan ke Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Huda
kami ber"explorace" disini...

setibanya kami di rumah anak-anak yatim...
kami membahagikan mereka kepada 5 kumpulan yang digabungkan dengan beberapa orang fasi
fasi selebihnya akan mengendalikan check point untuk explorace
mulanya kami lihat adik-adik kecik ni malu-malu...
tapi dengan keakraban kakak dan abang fasi...
mereka dah boleh menyesuaikan diri...

aktiviti kami sehingga petang... kumpulan yang terabek diberikan hamper...
turut disampaikan bantuan yang kami perolehi dari tajaan 
dan kutipan derma daripada pelajar DPP Bank Rakyat sendiri...


macam-macam ragam sepanjang beraktiviti disini...
semua fasi gembira melayan telatah adik-adik...


kami bergambar kenangan dengan warga Rumah Anak-Anak Yatim Nurul Huda


petangnya kami terus ke kediaman sementara kami yang kedua
kami bermalam di KEMAS Sungai Siput...
malamnya kami keluar merehatkan minda sebelum aktiviti keesokkannya...


malamnya kami keluar makan di Dataran Bandaraya Ipoh...
selesai makan kami berjalan ke Gerbang Malam yang tak jauh dari situ
melihat keindahan Bandaraya Ipoh di waktu malam..
sangat begemerlapan diterangi lampu-lampu yang indah...


misi hari ketiga... 22 Januari 2013
diawal pagi kami bertolak ke sebuah sekolah...
kami menuju ke Sekolah Pendidikan Khas, Perak
dimana sekolah ini menempatkan adik-adik yang tak dapat mendengar dan bercakap

sedikit kerisauan yang kami rasakan untuk berkomunikasi dengan adik-adik ini...
tetapi berkat usaha gigih semua fasi dan guru-guru disitu... 
kami berjaya melaksanakan aktiviti yang dirancang
tak kurang kami turut belajar bahasa isyarat dari adik-adik disitu...

kemesraan terjalin antara kami...
setiap aktiviti menghiburkan mereka...


aktiviti yang mudah untuk dilakukan dan membentuk semangat kerja berpasukan


adik-adik yang begitu rapat dengan abang dan kakak fasi...
setelah bergambar dengan warga guru disini...
keberangkatan kami untuk pulang dngan perasaan yang sebak...


petangnya kami mendekati warga kampung...
menerapkan nilai-nilai tradisi rakyat malaysia... bergotong royong...
kami bsama-sama orang kampung membersihkan kawasan sekitar dewan orang ramai dan masjid
selesai bergotong royong kami sempat singgah untuk menikmati air terjun yang sangat menyegarkan


selesai menyegarkan badan, kami bersiap untuk berangkat pulang...


dalam perjalanan kami singgah membeli perkakasan untuk berBBQ dimalamnya...
semua peserta bersama-sama bertungkus lumus memasak makanan yang dibeli...


malam kami diakhiri dengan postmorterm ringkas...
dan hari terakhir kami 23 Januari 2013
lawatan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta

kami diberi pendedahan dan taklimat ringkas berkenaan pesakit jiwa dan mental
pelbagai soalan diajukan dan kami mendapat jawapan yang sewajarnya...
perkongsian ilmu yang belum tentu dapat dimana-mana...


kami menaiki bas mengelilingi hospital bahagia seluas lebih kurang 400 hektar...
kami dibawa ke wad yang menempatkan pesakit mental...
kebanyakkan berlatarbelakangkan kes membunuh...
tetapi apa yang kami lihat sngat diluar jangkaan...
semuanya boleh dikatakan seperti orang yang sudah normal

mereka diberikan rumah dan pekerjaan
mereka hidup berdikari...
mereka tidak dapat keluar dari sana kerana belum dapat diterima keluarga


kami bergambar bersama di luar wad forensik 23


gambar terakhir sebelum kami berangkat pulang ke UUM
perjalanan 4 hari 3 malam yang sangat-sangat menerujakan..
kami pulang dengan pengalaman yang tak dapat kami beli dimana-mana...
suka duka kami tempuhi semata-mata inginkan program ini berjalan lancar...

BAKTI SISWA PERDANA 2013
"MENYELUSURI JALAN HARAPAN"
| BERILMU | BERBUDI | BERBAKTI |

wassalam

No comments:

Post a Comment